Header Ads

'Termasuk dia, aku dah jaga 9 keturunan dia!' - Kisah Saka Warisan

Kisah Saka Warisan

Menjadi seorang pengamal perubatan mistik bukanlah sesuatu yang mudah. Ia mencabar mental dan fizikal. Ilmu yang mereka miliki pula bukan mudah untuk didalami. Ia juga memerlukan seorang guru yang benar-benar pakar dalam bidang ini. Mana taknya, musuh mereka adalah makhluk halus yakni jin dan iblis. 

Hanya mereka yang bersemangat kental sahaja mampu menakluk musuh mereka dan mampu membebaskan pesakit dari gangguan yang tidak diingini. Apatah lagi, ia melibatkan saka warisan.

Di sini kami kongsikan kepada anda perkongsian seorang lelaki yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

'Bang, kita kena serang makhluk halus ke?'

AKU BERLINDUNG KEPADA ALLAH DARI GODAAN SYETAN YANG TERKUTUK DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Segala nama didalam ini bukanlah nama sebenar. Semua telah diubah diatas menjaga aib dan maruah keluarga pesakit.

Bersembur darah hitam keluar dari hidung dan mulut din (nama pesakit) selesai sahaja di libas dengan kain rida'.. tersandar din di penjuru klinik aku keletihan.. pembantu aku menghulurkan tisu dan air yang dah disyifakan.. 

#dikalalamputerpadamsendiri

Dua jam sebelum kejadian, aku dengan beberapa orang pembantu yg lain baru selesai solat isyak berjemaah. Kami dapat satu panggilan nak buat temujanji tapi bukan utk dia.. untuk anak buah dia yang dah kematian mak dan ayah (yatim piatu)

Habis je cakap di hp.. lampu klinik kami automatik padam (bukan sebab tak bayar bill ya) disusuli dengan ribut kencang diluar klinik kami.. walhal sebelum tu tak ada apa2 tanda hari nak hujan pun.

Salah seorang pembantu aku tanya "bang, kita kena serang ke ni(serangan makhluk halus) ke kebetulan je ni" aku dengan muka toyamat amin "redah je kita bertawakal dengan menyebut nama2 ALLAH dari godaan syaitan yang terkutuk"

Zupp.. satu kelibat melintas dihadapan kita orang. Ibarat memberi amaran utk tidak menerima kedatangan pesakit yang nak datang sebentar lagi.  Lepas je kelibat tu muncul depan klinik kami ada 3 ekor anjing hitam yang saiz lebih kurang besar2 anak lembu.

''Tiba-tiba personaliti Din berubah'

Aku pun mula la peranan aku menggunakan kelengkapan yg diajar guru2 aku.. buat satu pagar lam jalallah. Liput satu kawasan klinik aku. (Dengan kaedah makrifat)

Alhamdulilah lampu yang terpadam sendiri menyala balik.

Aku suruh semua pembantu aku siap sedia.. kerana belum apa2 lagi kita dah diuji macam ni..

Sambil menunggu pesakit.. kami membuat amalan manzil terlebih dahulu.. persiapkan dahulu kelengkapan perang.. siap je buat amalan.. dengar bunyi sayup2 dekat luar salakan anjing.. ooo 3 ekor anjing yg dekat luar tu ghaib entah ke mana lepas buat pagar lam jalallah.

Tak sampai 15 minit lepas tu.. sampai pesakit dengan keluarga dia.. kali ni pesakit agresif sikit.. dalam kereta lagi dia dah mengamuk tak nak turun.. bapa saudara pesakit datang minta tolong kami untuk usung pesakit ke dalam klinik..

Kami yang dah macam ghost buster ni.. pergi la usung pesakit tu.. sambil usung aku tanya nak panggil apa pesakit ni.. kang aku main bedal je nama macam x logik kan.. pak sedare dia cakap nama saifuddin. Tapi keluarga semua panggil din sahaja. (Ingat ya bukan nama sebenar)

Bayang kan time kami usung si din ni.. rasa macam angkat muatan berat padahal din ni kurus keding je.. kami letak din dekat bahagian ruang tamu klinik.. letak je din terus bersilat sambil mendengus2.. "siapa kalian? Kenapa kalian mengganggu aku"

Masalahnya kalau bercakap sahaja tak apa juga.. ni menyerang orang2 dekat sekeliling.. aku buka buah kunci.. lock si din ni dekat atas lantai.. sambil lock tu aku pasakkan terus ke tanah.. ya la tak kan nak ruqyah sambil melayan pendekar bersilat pula kan..

Tiba2 personaliti din berubah menjadi seperti seorang nenek tua yang teramat la tua.. sambil badan nya merengkok

'Termasuk dia, aku dah jaga 9 keturunan dia!'

"Lepaskan akuuuu.. lepaskannn.. aku yang selama ini menjaga dia. Lepaskan aku.. aku sayang keluarga ni.. jangan pisahkan aku dengan dia tolonggg "

Suara seorang nenek keluar dari mulut din.. pergh time tu nak meloncat pun ada.. bayangkan orang lelaki boleh keluar suara perempuan

Aku malas nak dengar sangat keluh kesah bangsa jin ni.. tapi dah keluarga pesakit bg hint minta aku tanya.. aku tanya la.. "dah berapa lama kalian berdampingan dengan anak muda ni"

Heeeheeheee.. aku dah lama bahkan lebih lama dari datuk moyang dia hidup.. aku dah beratus tahun aku hidup dalam darah daging keturunan dia.. termasuk dia aku dah 9 KETURUNAN DIA AKU JAGA!

"Jangan kalian fikir kalian mampu memisahkan kami dengan budak ni" sambil mengilai panjang.

Kami? Maknanya bukan seekor dalam badan si din ni.. aku dah naik jelik dengan perbualan dengan jin ni.. aku ambil pendekatan untuk serang balas.

Aku mulakan ruqyah tanpa hirau esak tangis jin.. sampai la satu tahap aku tanya "sekarang ni kau nak keluar ke tak nak? Kalau tak nak aku seksa kau.. aku bunuh kau"

Sebenarnya bukan nya nak bunuh pun.. psycho je time tu

"Tak nak.. aku tak nak keluar. Bunuh aku dalam jasad ni.. heheheehe itu pun kalau kalian mampu musnahkan seluruh keturunan aku dalam badan budak ni"

Hmm ni dah tahap menguji kesabaran dah ni.. negotiate aku gagal..

'Darah hitam dan lendir busuk keluar dari hidung dan mulut din..'

Dah tahap mencabar.. aku guna jalan shortcut. Aku sembelih jin yang menyerupai nenek kebayan.. alhamdulilah selesai.. tapi tak sampai dua minit terus jin lain masuk ambil alih badan Din.

Kali ni Din jadi seperti hulubalang pendekar lama2 x bercakap banyak terus dia mengepal penumbuk seperti ingin ajak beradu tenaga.. aku duduk bersila.. mendepakan kedua belah tangan sambil membaca ayat 17 dari surah al anfal. "wamaa ramaita idz ramaita, walaakinnallaaha ramaa"

Terperosok din tersungkur dekat atas lantai.. tatkala ni la aku mengambil rida' lantas aku libas ke seluruh badan Din. Darah hitam dan lendir busuk keluar dari hidung dan mulut din..

Pembantu aku cuba lap muntah darah din dengan tisu.. aku halang.. kerana pada hemat aku disitu penuh dengan racun bisa dari badan Din. Kalau kena mata boleh buta. Kena pada kulit boleh jadi kudis buta.

Aku ambil air satu baldi.. campur dengan daun bidara.. baru aku suruh pembantu aku lap.. 

Berbalik pada Din.. din dah boleh bernafas sedikit din minta air.. haa time ni din minum habis 1.5 liter air syifa..

Habis je minum din minta baldi untuk muntah.. bayangkan hampir setengah baldi air hitam yang tohor keluar dari muntah din.. sama macam bau air lokang.. aku yang kesian lihat keadaan din.  Aku suruh din tidur sekejap.  Sementara aku interview keluarga si din.

"Din ni budak baik orang nya tak pernah melawan cakap.. ye la dia sedar diri dia sebatang kara dekat dunia ni.. mak ayah dah pergi waktu dia kecil lagi.. jadi dia membesar dekat rumah atuk dia.. lepas datuk dia pergi dia menetap di rumah kami" kata bapa saudara Din.

"Lepas atuk din meninggal sikap din berubah. Dia jadi murung dan suka duduk bersendirian.. lately ni dia mula bercakap sendiri tu yang kami hantar dia berubat ni" sambung bapa saudara Din.

'Kemungkinan saka warisan'

Kisah Saka Warisan

Dari sini faham la aku . Kemungkinan saka dia diwarisi waktu dia di rumah atuk dia.

Baru je aku nak cakap.. tetiba bunyi orang mendengus dari ruang tamu tempat din baring.. 

Dah jadi balik dah din ni.. kali ni din merangkak sebijik seperti perwatakkan harimau.

Kali ni aku tak ada dialog2 dah.. aku ambil rida' belit pada din.. aku makrifatkan pedang.. allah hu akbar.. aku mulakan penyembelihan.. (bg yang tak faham ingat aku bunuh.. sebenarnya aku itu ikhtiar aku utk memutuskan hubungan jin dengan badan tuannya.)

Habis je sebelih.. aku teruskan pembersihan diseluruh badan din.. clearkan saki baki kelompok2 jin yang bersarang dalam salur darah din.  

Selesai je bersihkan.. aku syifa satu badan din..

Bila din sedar je aku tanya apa yang berlaku td.. dia kata dia nampak arwah atuk dia datang jenguk dia tadi.. tiba2 atuk dia hulurkan satu tali terus dia tak ingat apa2.. 

Aku tanya dia ada tak arwah bagi barang apa2.. dia kata ada.

Keris berluk 7 yang perlu diperasap dan perlu diberikan darah (tak kisah darah apa. Binatang pun boleh) setiap bulan mengambang.. 

Jadi aku tanya dekat din.. mana dia simpan keris tu.. dia kata ada dia simpan dekat dalam bilik dia.

Aku tanya sudi tak aku clearkan khadam yg ada dalam keris tu.. Din termenung panjang. Last2 dia setuju.. 

Aku suruh dia datang balik a.s.a.p bawa keris tu dekat klinik kami.. alhamdulilah balik tu tak ada apa2 gangguan..

'Din datang bawa keris'

Kisah Saka Warisan

Ooo sebelum terlupa.. sebelum dia balik tu aku suruh dia mandi di klinik kami.. dan kami bekalkan kain pelikat dan baju yang kami ada sediakan di klinik kami.. 
(Kang korang tanya plak aku.. mana si din tu dapat baju kan)

Lepas mandi aku suruh dia solat taubat dan solat hajat

Ok pendekkan cerita.. esok din datang dengan pak sedare dia.  Bawa keris yang dibaluti kain kuning.. tapi pakej dengan balutan setanggi. 

Aku tawarkan semua bisa pada keris dan aku buang khadam2 yang ada dalam tu.

Aku cakap kemungkinan besar din dan keluarga bakal diganggu dengan gangguan2 yang dahsyat.. sebab jin2 tu masih cuba utk menyesatkan Din.. jadi aku minta Din dan keluarga buat kenduri doa selamat.. dan start buat baca yaasin selama 44hari..

Alhamdulilah selesai 44 hari.. tiada gangguan dan kelibat2 dirumah Din(rumah pak sedara dia) dan din pun mulai kembali normal seperti biasa.. dan din pun dah mula bekerja.

Bagi aku saka ni janganlah kalian menghukum nenek moyang korang.. mereka mengambil saka dahulu banyak sebabnya.. dan mereka dahulu tidak diganggu.

Tapi bila diwarisi tidak dilengkapkan dengan keilmuan itu yang jadi jin ni memperolok kan tuan nya.

Sumber: @jebat_165

(Kisah Berkaitan: Kisah Saka Warisan)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.