Header Ads

Tak Nak Mengaku Salah, Ini Luahan Rakyat Buat Najib Razak

Tak Nak Mengaku Salah, Ini Luahan Rakyat Buat Najib Razak

Sejak kekalahan Barisan Nasional pada PRU-14, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 kini menjadi perhatian dek kerana isu 1MDB.

Bukan hanya media di Malaysia, beliau juga menjadi tumpuan media-media seluruh dunia yang masih tertanya-tanya berhubung isu itu.

Walaupun teruk dikecam, ramai juga pengikut setia Najib Razak meluahkan rasa simpati mereka terhadap tuduhan-tuduhan yang menimpa pemimpin kesayangan mereka itu.

Terbaharu, dalam satu temubual, Najib Razak menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berat yang telah dilemparkan terhadapnya meskipun dirinya bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Menerusi Twitter, netizen menyifatkan Najib Razak masih berkhayal dan belum menyesal. Ini luahan rakyat terhadap Najib Razak itu.

'Semua memfitnah kamu'

Tak Nak Mengaku Salah, Ini Luahan Rakyat Buat Najib Razak

“Najib, mungkin US Department of Justice (DOJ) memfitnah kamu, pihak berkuasa Switzerland dan pihak berkuasa Monetari Singapura juga memfitnah kamu. Ditambah, pula seluruh Malaysia (kecuali penyokong kamu) memfitnah kamu.

“Ramai betul orang yang memfitnah kamu. Malangnya, kebenaran kini sudah terbongkar. Tolong jangan terus menipu penduduk di Pekan.”

'Anda patut rakam dan dengar semula ucapan anda'

Tak Nak Mengaku Salah, Ini Luahan Rakyat Buat Najib Razak

“Kepada bekas PM, anda pernah cakap anda sangat hargai kejujuran dari kebijaksanaan, tapi saya mengaku bahawa saya tidak sedar apa yang anda katakan itu kena pada diri anda sendiri.

“Awak patut rakam dan dengar semula ucapan anda sendiri dan baru tahu betapa mengarutnya ucapan tersebut. Saya tak tahu macam-mana awak mampu jadi PM sejak 2009.

'Ikut gaji PM, tak mungkin anda miliki kemewahan seperti itu'

Tak Nak Mengaku Salah, Ini Luahan Rakyat Buat Najib Razak

“Siapa yang akan mengaku diri mereka salah? Itulah sebabnya ada mahkamah untuk periksa bukti dan menentukan kebenaran. Apabila mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib tidak mencuri, maka dia akan dibuktikan walaupun saya sangat ragu-ragu dengan jumlah emas, permata, wang dan beg tangan bernilai berjuta ringgit ditemui dalam serbuan baru-baru ini.

“Kalau ikutkan dengan gaji yang diterima, tidak mungkin dia dapat miliki kesemua barangan tersebut. Jadi, mahkamah akan menentukan sama ada dia seorang pencuri.”

Antara komen-komen panas netizen berhubung isu ini

Tak Nak Mengaku Salah, Ini Luahan Rakyat Buat Najib Razak

Lagi pendapat netizen anda boleh lihat di MalaysiaKini dan Twitter.

Sumber: VitDaily

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.