Header Ads

'Sudah-sudahlah Minta Simpati' - Pesanan Ude Untuk Bekas Isteri

Pesanan Ude Untuk Bekas Isteri

Ude Wahid, suami kepada Izreen Azminda tidak puas hati dengan bekas isterinya, Intan Liana yang dilihat sering memuat naik status kontroversi seolah-olah menagih simpati orang ramai.

Dek kerana status-status berbaur kontroversi itu, Ude mendakwa telah 'diserang' beberapa individu yang tidak dikenali yang mungkin simpati dengan nasib yang menimpa bekas isterinya itu.

Pesanan Ude Untuk Bekas Isteri

Ude mempersoalkan motif bekas isterinya itu dan mendakwa kerana post-post macam itulah yang akan menambah dosa makcik-makcik bawang.

'Tak habis-habis ke post benda poyo?'  

“Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta ‘makcik bawang’ buat dosa banyak-banyak”

Oleh kerana post bekas isteri, Ude menerima 'mesej peribadi' yang berbaur cacian dan makian. Ude meminta bekas isteri menghentikan post-post yang tidak berkesudahan itu.

“Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian. Segala bagai, kerana apa ? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah!” tulis Ude Wahid baru baru ini.

Oleh kerana tidak ditegur, bekas isterinya itu didakwa semakin menjadi-jadi. Ude yang tidak suka menegur di media sosial mendakwa telah mengegur bekas isterinya itu sebelum ini.

“Makin diam makin menjadi-jadi pula, saya tak suka tegur di IG ni. Tapi sudah banyak kali tegur di belakang tak faham bahasa. Mungkin cara ini boleh buat awak faham dan kebaikan semua pihak,” tambahnya lagi.

Pesanan Ude Untuk Bekas Isteri

Ude turut meminta netizen agar tidak memberi komen yang melampau sehingga membuat dirinya hilang sabar.

Sumber: mStar

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.