Header Ads

'Saya Takkan Memaafkan Semua yang Menjadikan Saya Bahan Jenaka' - Azwan Ali

'Saya Takkan Memaafkan Semua yang Menjadikan Saya Bahan Jenaka' - Azwan Ali

Baru-baru ini tular di laman sosial jenaka Azwan Ali dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kononnya sedang berbual menerusi telefon, berbincang tentang juadah untuk berbuka puasa.

Dialog kelakar yang dibuat oleh beberapa orang individu itu mendapat perhatian ramai, berjaya mencuit hati dan tular di media sosial.

Terbaharu, tuan punya badan, Azwan Ali telah tampil membuat kenyataan dan dengan tegas berkata yag beliau tidak akan sekali-kali memaafkan siapapun yang menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka di laman sosial.

Lawak perbualan telefon Azwan Ali dan Azmin Ali

'Saya Takkan Memaafkan Semua yang Menjadikan Saya Bahan Jenaka' - Azwan Ali

'Saya Takkan Memaafkan Semua yang Menjadikan Saya Bahan Jenaka' - Azwan Ali

'Saya Takkan Memaafkan Semua yang Menjadikan Saya Bahan Jenaka' - Azwan Ali

'Saya Takkan Memaafkan Semua yang Menjadikan Saya Bahan Jenaka' - Azwan Ali

'Saya Takkan Memaafkan Semua yang Menjadikan Saya Bahan Jenaka' - Azwan Ali

Mengaku menyedari tentang ‘troll’ terbaharu yang tular itu, Azwan Ali atau lebih suka dipanggil Diva AA berkata,

“Walaupun saya sudah tak ada akaun Twitter, saya tahu mengenai jenaka berkenaan. 

“Saya tahu ia sekadar jenaka dan tidak menggunakan sebarang ayat kurang ajar, tapi saya tetap tak akan maafkan mereka. 

“Go ahead, buatlah. Teruskan menipu dan menyamar sebagai saya. Kau tunggu azab kubur nanti,” kata Diva AA.

Ramai yang menyangka dan menganggap hubungan antara Diva AA dan Azmin sudah pulih. Namun, Diva AA menegaskan perkara itu tidak benar sama sekali.

Tambah Diva AA lagi,

“Bila masa saya berbaik dengan Azmin, saya belum terbuka hati lagi untuk memaafkannya. 

“Sebesar hama pun saya tak maafkan walaupun dia dah jadi menteri sekarang,” kata Diva AA lagi.

Diva AA kini hanya memiliki akaun Facebook sahaja selepas akaun Instagram miliknya digodam dua minggu sebelum PRU14, buat kali kelima.

Menerusi PRU14, Diva AA bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa sebagai calon bebas menentang Azmin dan tiga lagi calon lain menggunakan simbol gajah.

Dia bagaimanapun hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 90 undi.

Bercerita tentang perkembangan terbaharunya, Diva AA kini hanya berehat di rumah dan fokus beribadat sempena bulan Ramadan.

“Selepas PRU14, tempahan rendang naik mencanak tapi seorang pun tak merasa. Saya puasa, bersahur, berbuka, terawih dan tidur, itu sahaja. 

“Sudah 10 tahun setiap kali Ramadan saya akan melakukan umrah di Mekah. Tahun ini saya berpuasa di tanah air sahaja tapi saya berdoa agar dapat menunaikan Haji pula selepas ini. 

“Walaupun orang cakap saya tak ada job, saya masih hidup macam biasa. Rezeki itu di tangan Allah dan saya percaya dengan rezeki dariNya,” ujar Diva AA lagi.

Sumber: mStar

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.