Header Ads

'Saya Minta Maaf' - Fattah Amin Perjelas Isu Video Mesra Dengan Fazura

Fattah Amin Perjelas Isu Video Mesra Dengan Fazura

Baru-baru ini, tersebar aksi mesra Fattah Amin dan Fazura yang telah dirakam oleh salah seorang kenalan mereka dan video itu telah tular selepas dimuat naik ke media sosial Instagram.

Teruk Fazura kena kecam oleh netizen malah beliau dituduh 'gersang' oleh sesetengah pihak. Oleh kerana kecaman demi kecaman yang dilontarkan, Fattah akhirnya menutup komen Instagramnya sebelum berkongsi pesanan dari Imam Syafie.

Tampil menenangkan keadaan, ini penjelasan Fattah tentang aksi mesra dengan isterinya itu. Seperti biasa, Fattah tidak mudah melatah dan sentiasa cool.

Fattah Amin Perjelas Isu Video Mesra Dengan Fazura

'Tak sedar aksi dirakam'

Kerana aksi mesra itu, Fattah dan isteri dituduh tidak menghormati bulan ramadan. Namun, mereka sebenarnya tidak sedar aksi mereka dirakamkan oleh salah seorang kenalan.

“Sebenarnya saya dan Fazura memang tak perasan aksi kami dirakam oleh seorang kenalan sebelum dia memuat naik ke laman sosial. Apabila perkara itu tular dan kami dituduh tidak menghormati bulan Ramadan ia sebenarnya di luar kawalan saya” 


“Perkara pun sudah terjadi dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada peminat dan sesiapa yang tersinggung dengan video berkenaan dan berharap ia tidak akan berulang lagi,” jelasnya.


'Lama tak jumpa isteri..'

Kata Fattah lagi, dia dan isterinya sudah lama tak jumpa dan pertemuan di tempat awam itu membuat mereka teruja. Sebagai suami isteri, aksi-aksi yang mereka lakukan itu adalah biasa. Namun, Fattah tidak menganggap kenalan yang merakam aksi mereka itu berniat jahat.

“Saya dan Fazura dah lama tak jumpa jadi apabila kami bertemu di tempat awam kami teruja. Sebagai suami-isteri, salam cium tangan itu biasa dan saya pun ada mencium dahinya dan memeluk isteri saya untuk menghilangkan rasa rindu” 


“Apabila ada rakan-rakan memuat naik video kami ia bukan bererti mereka berniat tidak baik tetapi selepas ini saya akan minta mereka berhati-hati. Sekurang-kurangnya bertanya terlebih dahulu tentang video yang ingin dimuat naik agar tidak timbul lagi salah faham seperti ini,” katanya lagi.


Semoga peminat-peminat di luar sana memahami situasi yang menimpa Fattah dan Fazura. Ia adalah di luar kawalan mereka.

Sumber: mStar Online

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.