Header Ads

'Saya Dihina Kerana Anak Penagih' - Kisah Kejayaan Amirul Afeeq

Kisah Kejayaan Amirul Afeeq

Amirul Afeeq yang berusia 24 tahun berjaya melakar sejarah dalam hidupnya apabila menjadi rakyat Malaysia ketiga bergelar graduan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA).

Tidak dapat digambarkan bagaimana bangganya beliau saat ini. Untuk memberikan inspirasi kepada anak muda di luar sana, beliau berkongsikan pengalaman hidupnya.

Ia adalah bukti bahawa, tidak kira background family anda macam mana, sekiranya anda berusaha, pasti kejayaan dalam genggaman anda.

"Thanks for all the wishes guys. I am so thankful and honored. I am not the smartest and the brightest but i really hope that i can inspire some of you guys, malaysian who thinks they cant do the unthinkable. "



"I want to share this story of mine that I have once shared them. "




"I hope what im going to share will not be misinterpreted. This is pretty much a story time. Enjoy"


'Mak ayah cerai'

I was born in February 1994 in Negeri Sembilan. Not from a prominent military family nor high income family.

My mom gave birth to 3 cute kids. And she has been a single mom after my parents got divorced

Since then, saya tinggal dengan atuk and uwan saya. Atuk saya seorang pencen tentera berpangkat lans koperal. Berkat duit pencen atuk, kami dibesarkan.

Kalau tak ada duit, sayur kampung and taugeh kicap itu memang biasa lah. Tapi bila ada tetamu seronok, mesti makan sedap

Mama pulak kerja apa sahaja yang ada dekat KL. Pernah kerja secret recipe, kerja housekeeping and banyak hotel lah untuk balik sebulan sekali bagi duit dekat atuk and bawak sekali makanan macam nestum(feveret) untuk anak2 yang beliau terpaksa tinggalkan. Mama suap sedapppppp

So nak dijadikan cerita keluarga saya okaylah. Dapat bantuan RMT and baju sekolah semua. So pergi sekolah atuk bagi 70sen je atas meja. Esok kalau ada balance dia tambah je kasi cukup balance

Kat sekolah amik makanan free lah cerita dia sebab projek rmt

Pergi sekolah pulak naik moto kapcai lama atuk. Kerusi dia senget macam nak tercabut. Ingat lagi naik motor tiga orang. Saya selalulah duduk kat lampu motor pergi sekolah. Lepas mama kumpul gaji lama jugak beli kami basikal. Baru lah merasa race pergi sekolah

'Ayah bekas..'

So nak dijadikan cerita, ayah saya is a great guy. Saya jarang jumpa beliau tapi beliau seorang yang sangat baik. Namun, ayah saya sama seperti insan lain pernah buat kesilapan. Ayah saya merupakan bekas pen-agih. Dan ini ada banyak jugak impak dalam hidup saya

Sebagai seorang anak kepada pen-agih and ibu pulak bekerja jauh di kuala lumpur mencari rezeki. Mama dicemuh banyak kali. Dikatakan kami adik beradik akan ikut jejak langkah ayah

Saudara belah ayah hanya adik beradik ayah yang care pasal kami. Yang lain mungkin care tapi saya tak pernah rasa macam family.

Bila dulu kecik2, selalu jugak dengar orang tua2 borak. Antara yang saya selalu dengar, ‘anak amer tu, apo lah nak jadi eh sok bosar nanti’

Saya masa kecik dulu habya mampu mendengar tanpa mampu berfikir. Bila saudara mara tanya UPSR nak berapa? Saya jawab nak 5A. Saya ingat lagi diorang cakap jangan target tinggi sangat. Biasa2 je cukup. Yelah suruh realistik sikit kot sebab family kami bukan family pandai

'Pecah rekod family, dapat 5A UPSR'

Kisah Kejayaan Amirul Afeeq

Sebelum ni dalam kalangan anak cucu atuk saya, dapat 1A UPSR pun sangatlah bangga. Tapi Alhamdulillah saya berjaya pecah rekod family walau dari background family miskin dan biasa untuk dapat 5A UPSR

First cucu atuk pi masuk Asrama Penuh lepas tu. SM Sains Hulu Selangor

So sambungannya, aku sebenarnya apply masuk asrama penuh sendiri dulu. Mama tak tau pun aku isi. Aku ingat lagi Cikgu sekolah aku suruh bagi mama. Aku selamba isi sendiri dengan tolong Cikgu Ann (SK Desa Tasek)

Long story short. Budak nerd ni habis sekolah 5A as ketua pengawas

So masuk Semashur asal dari kampung yang baru pindah KL masa darjah 4 lepas mama kahwin dengan Walid, aku rasa macam semua orang bijak gila. Mama siap cakap, jangan risau, dapat no tengah2 dalam exam pun tak apa. Sekolah pandai ni. Aku redha bila mak aku cakap macamtu

I was socially awkward masa sekolah dulu. Tanyalah mana2 pelajar perempuan setingkatan. Dulu perempuan tegur pun aku tak jawab balik. Bukan malu, cuma yalah aku pun tak reti dah nak describe sekarang. Memang pelik. Ni masa form 1 form 2

Tapi I learned from my observation and tried to be okay bila berbual dengan orang ramai. Tapi yalah mana ada terus okay ya dok. Sikit2 aku belajar communicate dengan orang

Tapi I learned from my observation and tried to be okay bila berbual dengan orang ramai. Tapi yalah mana ada terus okay ya dok. Sikit2 aku belajar communicate dengan orang

Apa yang aku fikir masa tu seriously walau orang pandang tinggi saudara imad dan saudari syahirah dekat sekolah aku. Aku percaya yang aku lagi pandai dari korang masatu. Seriously. Jangan marah naaa. Hahah. Thats what I learned in high school, the importance of self confidence

'PMR dan SPM straight A'

The rest was history, i got straight As for PMR and SPM. Top 20 National level aming all students taking DELF A1 and more aku tak ingat yang lain2 ni. Hahah

Sebab tak ada pengalaman masuk uni. Aku pun isi lah upu. Semua asasi nama pelik2 pertanian lah itulah inilah. So aku pun apply lah asasi kejuruteraan upnm. UPNM tu uni tentera? Serious tak tahu masa tu. Sebab upu ni backup untuk cita2 aku nak belajar oversea

Bila mama tahu aku dapat interview upnm, mama terus firm nak suruh aku masuk upnm. Aku sebenarnya nak belajar overseas tak kisahlah mana2 dari kecik lagi. Walau aku yang isi upu sendiri, tapi seriously tak ada niat langsung nak ke upnm

Tapi mama insist. So aku redha lah join upnm yang mana interview lama sangat sampai interview lain macam UTP semua terlepas. MARA sampai sudah tak tau result

The reason mama insisted sebenarnya nak penuhi impian my atuk untuk tengok cucunya jadi askar. Maklumlah arwah atuk dulu askar berpangkat lans koperal. Lepas masuk upnm dulu punyalah atuk bangga. Aku walaupun taknak tapi aku ikutkan aja pilihan mereka

'Syukur dapat masuk UPNM'

Masuk UPNM ni bagus sangat2 untuk bantu diriku sekeluarga. Belajar semua free. Siap dibayar gaji. Aku bukanlah penjimat sangat tapi Alhamdulillah ada lah wang yang dibagi kepada adikku dan ibuku sepanjang pengajian disana

Namun peluang belajar di luar negara tak terpadam di UPNM. UPNM membuka peluang kepada semua pegawai kadet peluang belajar di luar negara. Aku dan sahabat baikku Santos pun turut serta apply. Saringan ke USAFA agak mencabar kerana ketiadaan pengalaman persediaan ke luar negara

Untuk ke USAFA, seseorang tu perlulah lepas syarat kelayakan peperiksaan SAT, lulus ujian fizikal dan interview process yang disaring sendiri oleh pihak USAF. Bukan mudah sebab kalau mudah setiap tahun kita boleh hantar student ke USAFA

Semenjak 1959, seramai 6 pelajar malaysia diterima masuk ke USAFA. Difahamkan and arguably only 3 has graduated including me from that six. And only one still masih belajar. Setiap tahun hanya yang layak sahaja akan dihantar.

You know what guys. Biarkan jelah cerita ni tergantung ya. Kalau ada masa saya sambung untuk tatapan anak2 muda. Bila mana orang lain ada ‘cable’ untuk dapat apa yang mereka mahu. Percayalah kita juga ada satu ‘cable’ di atas sana. Kepada Dia sahaja kita berdoa

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.