Header Ads

Pengalaman Lasik Surgery Dengan Harga Murah

Pengalaman Lasik Surgery Dengan Harga Murah

Untuk anda yang mencari tempat untuk melakukan Lasik Surgery dengan harga murah, berpatutan dan dijamin selamat, mungkin inilah tempatnya.

Ikuti perkongsian pengalaman seorang pesakit yang telah berjaya melakukan Lasik Surgery dengan jayanya.

My Lasik Surgery Experience Pada Harga Murah!

Pengalaman Lasik Surgery Dengan Harga Murah
Pakai baju dan cap untuk surgery. Tunggu giliran ramai-ramai

Ramai tunggu saya post pasal ni since the day of operation. Okay dah 5 hari. Dah boleh tengok phone lama-lama. Meh saya nak share kat korang semua.

Sebenarnya dah lama saya mengidam nak buat lasik surgery ni since half of my life pakai spek (dari umur 15 tahun). Kalau boleh tak nak dah pakai spek nak free je mata. Sebab saya suka make up tapi jadi tak cantik sebab pakai spek kan. Nak pakai contact lense cepat kering plus takut jugak kena infection dan harga per months pon dah RM60 tu..

After recommended by my friends, Siti Fatimah Mohd Abu Bakar memang berbunga hati nak pergi buat lasik kat Advance Vision. My friend ni dah buat almost 3 years dan still power tak naik until now.

Untuk buat lasic kat Advance Vision ni, kena buat appointment, since saya dari kedah so call awal-awal untuk book for session. Lasik surgery hanya dibuat setiap hari jumaat sahaja. Setiap patient akan di screening samada layak atau tidak untuk lasik surgery.

Dan after surgery akan ada 5 kali check up dengan doktor. So, nak senang, pada yang duduk jauh boleh book untuk screening on khamis, jumaat surgery dan sabtu first check up. So, jimat la sikit kan. Untuk booking dan lock date korang kena bayar rm300 by bank in kat diorang dan email slip payment.

Screening diorang akan cek power spek, cek power mata manually dan by computer. Cek ketebalan kornea dan banyak lagi lah kriterianya. Nanti consultant diorang akan explain jangan risau.

Yang penting, 1 atau 2 weeks before surgery make sure korang tak pakai contact lense ya. Nanti korang akan kena sign surat pengakuan yang korang memang tak pakai contact lense minimum 1 week sebelum surgery.

Kalau korang tipu, nanti void all warranty. Masa screening ni jugak korang kena bayar baki payment. Kena setel suma. Kalau takde cash boleh pakai credit card, Maybank boleh buat installment free interest. Jimattt!

Tibalah Hari Surgery.. 

Pengalaman Lasik Surgery Dengan Harga Murah
Ubat yang diberi. Ada pil 3 dah makan, tak sempat ambil gambar. Ubat ni kena titis 5 kali sehari for 5 days

Day of surgery, korang kena mandi bersih-bersih, tak boleh pakai sebarang wangi-wangian, make up, getah rambut dan kalau korang berhijab, sila pakai inner neck sebab nanti doktor akan suruh buka tudung/shawl tu. Bawak siap-siap spek mata hitam untuk pakai after surgery.

Masa tunggu giliran diorang akan bagi siap-siap ubat dalam beg kertas. Doktor akan panggil 2 by 2 untuk naik ke bilik surgery. Nurse akan iring ke atas. Ubat yang diorang bagi tu bawa sekali. Korang akan diberi baju dan hair cover. Nurse akan titiskan ubat kebas. Takde injection ya. Titis je dalam mata. Banyak kali juga diorang titis. Bila nak smpai giliran diorang akan panggil masuk bilik asing dan tunggu doktor panggil.

Masuk bilik operation ada lebih kurang 8 nurse dan doctor. Mesin besooorrr.. Dup dap dup dap. Tido dan doctor akan start surgery. Sebelah mata hanya 5 minit sahaja. So, both eyes 10 minutes. Mula-mula doktor akan sellotape mata atas dan bawah dan pasang alat untuk tak bagi eyeball gerak-gerak. Pastu dia akan start hiris kornea mata kita, (doktor panggil flap kornea yang dihiris tu) tak sakit tapi kita boleh dengar bunyi pisau dan rasa.

Once kornea kita dihiris dan flap diangkat, penglihatan kita akan jadi zero iaitu buta untuk beberapa second. Yupp! Jangan takut sebab ini normal. Memang hitam buta dengan hitam pejam mata sangat tak sama. Huhu! Pastu doktor akan start laser, masa laser ni memang bau.

Bau terbakar macam rambut terbakar. Pastu doktor akan cuci dengan air yang banyak sebelum tutup flap tu. Ada sedikit rasa seriau masa ni. Then siap! Next eye pulak. Takut kannn? Tapi sepanjang proses ni langsung tak sakit.

After siap, nurse akan bawa korang tunggu kat sofa kat luar. Bilik atas tu semua gelap ada few je ada lights. Tunggu sampai korang rasa stabil. Memang dah tak pakai spek dah ya masa ni. Doktor akan keluar dan cek mata kita. Masa ni 50% eyesight dah pulih.

Once korang rasa ok, boleh lah pakai spek hitam dan balik. Saya nasihatkan korang carilah hotel yang dekat-dekat dengan klinik ni sebab saya duduk hotel di Shah Alam, nak balik hazabbb jemm dan once ubat kebas habis, menangis! mata tak boleh buka macam ada cabai dalam mata.

First Check Up, penglihatan dan pulih 80%

Pengalaman Lasik Surgery Dengan Harga Murah
Eye protector pakai 5 malam. Takut tertenyeh mata

Pedihhhh yang amat. Pastu air mata kuar tanpa henti. Bayangkan duduk dalam keta pulak.

Adoilaaaaa! Tapi lepas sampai hotel terus makan ubat yang diorang bagi then tidur lebih kurang 4-5 jam, bangun je trus hilang sakit tu. Just rasa tak selesa di mata macam pakai contact lense yang kering. Tu je! Jadi, ada baiknya ambil hotel dekat dan balik je sebelum ubat kebas habis korang lena siap-siap.

Esoknya, adalah first check up. Ada 5 check up after surgery. 1 day after, 1 week after, 1 months after, 3 months after and 6 months after. So kena plan cuti siap-siap pada yang duduk jauh. Setiap check up doktor akan jumpa patient hanya dari pukul 9am-11am sahaja. After that takde dah. So kena mai awal na..

First check up penglihatan saya dah pulih 80%. Lepas surgery anda tak dibenarkan berenang, berkebun, bersukan sekurang-kurangnya 3 minggu, mata tak boleh masuk air dan peluh sebab takut infection so mandi badan lebih kepala sikit-sikit ja naaa..

Make up mata tak boleh selama 3 minggu dan kena pakai pelindung mata waktu tidur untuk 5 malam. Takut tertenyeh tanpa sengaja. Kena titis 3 jenis ubat 5 kali sehari. Pakai spek mata hitam kalau duduk tengah panas. Jangan tengok phone sangat, tukar kepada setting gelap dan big font.

So far dah 5 hari, Alhamdulillah.. Masih tak percaya yang mata dah nampak. Bangun pagi je mesti cari spek. Sebab dah terbiasa.. Pastu paling best boleh baca jarak jauh, boleh cam muka orang dari jauh. Orang dah tak kata sombong. So far memang tak sakit hanya rasa mata kering sikit je. Macam pakai contact lense.

Kos Rawatan Lasik Surgery

Pengalaman Lasik Surgery Dengan Harga Murah
Operation Hours Advance Vision

Korang mesti terkejut, sebab sangat reasonable. Ada dua pakej, first is standard RM2888+RM80 ( consultation fees). Tu je! Satu lagi custom, RM5888+RM80 (consultation fees).

Beza dua ni ialah cuma pada lapisan yang akan dilaser dan bentuk kornea after surgery. Pada yang power below 500 ambik je yang standard sebab memang tak banyak pun yang kena laser unless power korang tinggi boleh la ambil pakej mahal sikit. Tapi kalau tak nak yang mahal nak yang murah pon boleh je. (boleh bicang dengan consultant nanti).

Pengalaman Lasik Surgery Dengan Harga Murah
Doktor dan harga

For me sangat reasonable harganya dan tak sangka serendah rm2k boleh dapat balik penglihatan sempurna. Tiap-tiap tahun buat spek pun kos tinggi jugak. Satu lagi yang paling best ialah, dengan hnya rm2888+80 tu korang dapat lifetime warranty. Means that kalau lah ditakdirkan power naik balik, makanya just walk in foc (free of charge) untuk buat lasik balik.

So far, as mention by my consultant paling tinggi power yang naik balik is 250 tu pun power asal owner tu adalah 1000. Jadi bagi saya sangatlah tak rugi melabur untuk kesihatan mata plus lifetime warranty.

Pengalaman Lasik Surgery Dengan Harga Murah
Location 'Advance Vision'

Pengalaman Lasik Surgery Dengan Harga Murah
Appointment card

Kat sini saya kongsikan gambar, contact number dan location 'Advance Vision' untuk korang yang berminat untuk buat Lasik Surgery dengan harga jimat.

Jangan lupa bagitau kat kawan-kawan!

Kredit: Mawar Ismail

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.