Header Ads

Pengalaman Buat Lasik Surgery

Pengalaman Buat Lasik Surgery

Untuk anda yang mengalami rabun dan sudah bosan memakai kaca mata atau lens, mungkin pembedahan lasik adalah penyelesaiannya.

Di sini kami kongsikan kepada anda pengalaman seorang wanita yang teruja melakukan pembedahan lasik dan kini matanya sudah terang, jelas dan seperti biasa.

Mungkin ada antara anda yang takut untuk melakukan pembedahan lasik. Jadi, pengalaman ini sedikit sebanyak dapat menambah keyakinan anda dan mengurangkan ketakutan anda.

Lasik Surgery Rm3500 untuk dua biji mata

Ramai pulak yang inbox saya pasal Lasik Surgery (bahasa senang sebut laser mata, untuk hilangkan rabun) Hari ni baru rasa betul-betul taip tulisan dengan betul.

Saya buat Lasik ni kat UIA Kuantan Pahang. Kalau nak pergi, make sure buat temujanji tau. Dalam sebulan lebih saya baru dapat turn buat ni. Kos rm3500 dua biji mata.

Ramai kata murah compare dari tempat lain. Sampai jiran saya terkejut sebab isteri dia buat tempat lain rm3500 untuk sebiji mata je. Kat UIA bukan student ye yang buat. Doctor pakar ye. Jangan risau tau!

Sebelum kita dapat buat lasik ni, doktor akan check keadaan mata kita, tisu mata dan semua la. Baru dia akan bagi date untuk Surgery.

Hari Surgery saya 26hb januari baru-baru ini. Saya pergi seorang je. Rileks-rileks je bawa bekalan roti sambil daftar untuk Surgery. Tengok kawan-kawan lain semua bawa partner. Sampai nurse tanya datang seorang ke. Hihi. Senyum je. Hari tu ada 11 orang yang buat Surgery. Saya orang kedua.

Pengalaman Buat Lasik Surgery

Pengalaman Buat Lasik Surgery

Dah register semua dan buat payment, nurse suruh tukar baju macam orang operate tu. Lepas tu dia lap semua bahagian mata dan titis ubat kebas. Memang sempoi giler rasa. Pastu doc panggil masuk bilik operation.

Tak payah bertolak duduk atas katil weh. Korang jalan je masuk dalam tu. Dah la sejuk. Nurse suruh baring sambil dia selimut. Memag mesin tu besar sangat. Dalam bilik tu ada 6-7 orang. Doc pakar sorang je. Doc pulak jenis pak lawak.

Bermulaa laa. Doc buat sebelah kanan dulu. Doc tarik sikit bulu mata, pastu macam letak pendakap bagi luas kan mata. Masa tu kita sedar la cuma mata dah kebas. Doc cuci mata dgn ubat. Sapu tah ape tah.

Pastu nurse panggil "nina suraya, start lasik"

Masa tu saya nampak atas mata tu macam lampu-lampu je. Pastu doc kira. Ok 13 second lasik done! Masa lasik tu memang bau macam benda terbakar. Pastu terus mata clear weh. Teruja sangat. Pastu buat blah kiri. Benda yang sama berulang.

Last.. Doctor ada letak ubat dan cakap 'done'. Dan dia cakap tahniah surgery berjaya. Kita terus bangun dan cakap terima kasih kat doc dan nurse sambil keluar bilik operate tu. Toleh ke kiri nampak yang lain tengah tunggu turn siap cakap.. Good luck semua!

Terus tukar baju. Nurse titis ubat dan bagi ubat bawa balik. Nurse bagi beg saya dan trus balik. Sempoi giler weh! 15 minit je mata yang power 800 lebih tu dah hilang. Mata saya clear macam biasa. Tak payah pakai spek dan lens dah. Alhamdulillah!

Pengalaman yang tak boleh lupa.. Hari ni saya dah sihat dah. Tu boleh taip pnjang-pajang. Sebenarnya dah 5 tahun nak buat. Asal nak buat je mengandung. Tahun ni tercapai juga.

Kredit: Nina Suraya

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.