Header Ads

Pengacara Motif Viral Sekolahkan Faiz Roslan and The Gang

Pengacara Motif Viral Sekolahkan Faiz Roslan and The Gang

Tindakan Faiz Roslan dan rakan-rakannya memuatnaik parodi lagu 'Lagi Syantik' di bulan ramadan membawa padah apabila video mereka dikecam hebat malah menimbulkan amarah pelbagai pihak.

Pada mulanya, kumpulan itu dilihat dalam situasi denial dan mempertahankan pendirian mereka malah tidak bercadang untuk memadam video parodi tersebut sehinggalah kecaman demi kecaman telah dilontarkan oleh pelbagai pihak membuatkan mereka mengalah dan memadam video itu.

Antara selebriti yang turut meluahkan rasa kecewa dan kemarahan mereka secara terbuka adalah Da'i Wan. Walaupun marah, Da'i Wan masih berlembut dalam memberi kata-kata nasihat.

Namun, yang paling geram melihat aksi Faiz Roslan dan rakan-rakannya adalah Sharnaaz Ahmad. Siap minta alamat Faiz lagi. Haha! Tak dapat bayangkan kalau si Faiz Roslan dan rakan-rakannya ada kat depan mata Sharnaaz.

Terbaharu, Faiz Roslan dan rakan-rakannya telah dijemput untuk menghadiri rancangan 'Motif Viral'. Apa yang menjadi tumpuan adalah tindakan salah seorang pengacara Motif Viral, Haze yang 'menyekolahkan' mereka.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata dan nasihat Haze itu. Generasi sebelum mereka bersusah payah cuba membuat golongan seperti mereka diterima. Namun, kehadiran mereka dengan video kurang senonoh telah merosakkan segala usaha itu.

Bak kata Haze,

‘Takde pakai baju perempuan, tak pakai make-up apa semua, tapi still saya kena sepak kena tumbuk sebab saya lembut. 


Andai kata kalau korang berada di zaman saya ketika itu dengan pakai baju perempuan apa semua, mau dibunuh ketika itu.’




Antara komen-komen netizen

Pengacara Motif Viral Sekolahkan Faiz Roslan and The Gang

'Jangan cepat jatuhkan hukuman'


Pengacara Motif Viral Sekolahkan Faiz Roslan and The Gang

'Zaman 90an, siapa lembut kena buli'


Pengacara Motif Viral Sekolahkan Faiz Roslan and The Gang

Video penuh Faiz Roslan dan rakan-rakan di Motif Viral



Diharap, nasihat padu dari generasi golongan lembut sebelum Faiz Roslan dan rakan-rakannya ini dapat membuka mata semua.

Sumber: Ohbulan

(Baca: Kawan Baik Dedah Faiz Roslan Mengalami Tekanan Mental dan Hampir Bunuh Diri)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.