Header Ads

Pendedahan Doktor Kosmetik Tentang 8 Prosedur Kecantikan Rosmah Mansor

Pendedahan Doktor Kosmetik Tentang 8 Prosedur Kecantikan Rosmah Mansor

Perubahan mendadak pada wajah Rosmah Mansor, isteri mantan perdana menteri Malaysia ke-6, Najib Razak tidak dapat disembunyikan lagi.

Pasti sahabat handai, kenalan malah rakyat jelata sendiri sedar akan perbubahan ini dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kepada wajah First Lady Malaysia itu.

Beliau yang kini terpalit dengan kontroversi berikutan rampasan ratusan beg mewah bernilai ratusan ribu ringgit kini menjadi tumpuan rakyat jelata.

Tidak dapat dinafikan, Rosmah memiliki wajah yang semulajadi cantik di usia muda namun kini wajahnya disifatkan sebagai 'nightmare' dek kerana prosuder kecantikan yang telah dijalankan olehnya.

Anda boleh bandingkan sendiri wajah Rosmah masa muda mudi dulu dan wajahnya kini yang berusia 67 tahun.

Wajah Rosmah Zaman Muda Mudi

Pendedahan Doktor Kosmetik Tentang 8 Prosedur Kecantikan Rosmah Mansor

Wajah Terkini Rosmah

Pendedahan Doktor Kosmetik Tentang 8 Prosedur Kecantikan Rosmah Mansor

Seorang doktor kosmetik professional dan terkenal dari Singapura, Dr. Siew Tuck Wah menjelaskan punca sebenar kenapa wajah Rosmah semakin hari semakin pelik dan menakutkan.

Dia yang berkongsikan pendedahan ini di Facebook berkata,

“Wajah Rosmah memang nightmare. Terlalu hodoh dan menakutkan, dia contoh terbaik menunjukkan hasil pembedahan yang tak sepatutnya terjadi. Anak dia, Azrene Ahmad pun ada cakap yang doktor estetik selalu datang rumah.”

Menerusi perkongsian itu juga, Dr. Siew turut memuji kecantikan Rosmah dalam gambar yang diambil pada tahun 1998.

“Dalam gambar tersebut, dia memang seorang yang cantik. Jauh beza dengan rupa yang sekarang.”
Pendedahan Doktor Kosmetik Tentang 8 Prosedur Kecantikan Rosmah Mansor

Pendedahan Doktor Kosmetik Tentang 8 Prosedur Kecantikan Rosmah Mansor

Rosmah sebelum ini tidak pernah mengaku dan mendedahkan kepada umum yang beliau pernah melakukan sebarang prosedur kecantikan.

Dr. Siew yang merupakan seorang pakar profesional mendedahkan 8 prosedur kecantikan yang mungkin telah dilakukan oleh Rosmah.

Pendedahan Doktor Kosmetik Tentang 8 Prosedur Kecantikan Rosmah Mansor

8 prosedur kecantikan yang mungkin telah dilakukan oleh Rosmah:

1. Filler pada pipi
2. Filler pada dagu
3. Filler pada nasolabial folds (garis senyuman)
4. Botox pada dahi
5. Botox pada kedutan mata
6. Implan pembedahan pada hidung
7. Pembedahan brow lift
8. Hairspray digunakan berlebihan

Antara sebab wajah Rosmah dah menjadi semakin pelik dan menakutkan adalah kerana terlalu banyak prosedur yang telah dijalankan. Doktor pakar yang cakap okay.

Apapun, pembedahan plastik dan prosedur kecantikan seperti ini adalah haram di sisi agama melainkan ada sebab-sebab tertentu yang boleh diberi kelonggaran.

Sumber: Vit Daily

(Baca: Hilang Selepas PRU, Wajah Terkini Rosmah Mansor Buat Ramai Terkejut)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.