Header Ads

Pelajar Kolej Vokasional Adalah Tikus Makmal. Ini Buktinya.

Pelajar Kolej Vokasional Adalah Tikus Makmal. Ini Buktinya.

Kolej Vokasional (KV) = Tikus Makmal 4 Tahun

Aku sebagai pelajar Kolej Vokasional antara yang terkesan dengan sistem pembelajaran di Malaysia.

1. Disclaimer: Perkara ini hanya perlu dijadikan pengajaran tanpa perlu menunding jari kepada mana-mana pihak. Hal ini berdasarkan pengajian saya di K.V Sungai Petani 1 (3rd Batch KV Rintis) dalam kursus Sistem Teknologi dan Maklumat.

2. Dahulu kala, isu - isu hangat dalam KV hanyalah soal "anak tiri" dan salah faham masyarakat dari segi aspek tahap kualiti output KV.

3. Namun perkara itu diatasi dengan jayanya apabila terdapat pelajar yang berjaya mengambil tempat dalam syarikat ternama, reaksi positif majikan dan pendapatan yang lumayan.

4. Kami akui yang kejayaan tersebut menjadi titik permulaan penerimaan masyarakat terhadap KV. Ibubapa mula menjadikan KV sebagai jalan utama dan bukan lagi alternatif ke gerbang kejayaan.

5. Namun apa yang kami lalui sebenarnya? 8 pagi hingga 5 petang sesi pembelajaran itu bukan satu masalah. Masalah lebih besar di bawah.

Terdapat syarat-syarat yang tak relevan perlu dicapai
6. 2 tahun sebagai pelajar pra-diploma tak menjamin anda akan ke program diploma, terdapat syarat-syarat yang relevan yang perlu dicapai. Betul lah, takkan mudah je nak dapat diploma.

7. Setelah mendapat tawaran diploma, kami juga mendapat Siji Vokasional Malaysia sebagai bonus setelah 2 tahun di pra - diploma.

8. Ketika berada di diploma, baru aku sedar ada sesuatu yang tak kena dalam sistem ini. Pembelajaran akademik dan vokasional berbeza dengan senior - senior kami. Ada berpendapat perbezaan ini disebabkan permintaan daripada agensi kelayakan Malaysia (MQA) dan banyak lagi pihak.

9. Kertas penerangan diterjemahkan secara bulat - bulat (barangkali menggunakan Google Translate) berdasarkan mana - mana buku ilmiah sedia ada di pasaran. Kesalahan tatabahasa dan ejaan ini antara perkara yang kami suka betulkan bagi memenuhi masa terluang di KV.

9.1 Terdapat juga modul pembelajaran diploma kami diambil dari pembelajaran di peringkat pra - diploma tanpa sebarang perubahan. Macam buat kerja dua kali je.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak

Pelajar Kolej Vokasional Adalah Tikus Makmal. Ini Buktinya.

10. Tidak menyalahkan pihak kolej dan pensyarah kerana mereka lebih bertungkus lumus pergi kursus sana sini bagi memahami dan memenuhi struktur kehendak MQA.. Tidak menyalahkan MQA juga kerana mereka inginkan kualiti dan bukannya kuantiti seperti sedia ada.

11. Namun tutup mata dan lalui saja, sebab apa? Bersuara nanti perjalanan aku mungkin susah. Yuran pun murah. Ada ke budak KV ambil pinjaman? (mungkin ni good side KV hehe). Hati aku ni tenang sikit sebab ada pensyarah ni nasihatkan aku yang fikir jauh sangat :

12. "Kelas, kerajaan takkan gagalkan apa - apa projek yang dia buat. Semuanya mesti berjalan lancar"

13. Rakan dan aku tetap meneruskan pembelajaran walaupun rasa pelik, ye lah ada topik akademik yang tak faham nak rujuk senior pun takda guna.. belajar benda lain. Next sem tetiba ada topik yang ditambah, ada topik yang diubah suai. Dan macam-macam lah, dah tawar hati sebenarnya.

14. Pada November 2017, hati ini gumbira tak terkata apabila tinggal latihan industri (practical) 5 bulan je lagi dan boleh la berehat dan menunggu konvokesyen sahaja. Menulis buku log seperti pusat pengajian yang lain. Dan 5 bulan pun berlalu dan ingatkan dah habis rupanya.

'Dihadiahkan' lagi dengan extra class

15. Kami "dihadiahkan" lagi dgn extra class untuk subjek subjek tertentu seperti Sains, Matematik dan subjek Vokasional (SQL Database ).Bukan malas belajar,tapi apa ni.Deadline untuk disiapkan amatlah singkat (berapa hari je lagi). Bukan 1-2 topik yang ada bagi setiap subjek haih.

16. Antara cara untuk memudahkan kami ialah seperti memberi modul secara online dan jawab lalu diupload semula kertas tu. kami perlu membuat modul ini bagi menepati syarat mereka. Aku syak sangat ini berpunca dari modul yang diambil dari pra-diploma itu (rujuk 9.1)

17. Diploma Vokasional Malaysia menjadi pertaruhan aku, selagi tak pegang selagi tu aku kena ikut je flow. Banyak lagi perkara yang aku tanak sentuh seperti perjalanan anak emas 1st batch yang lalui diploma dengan mudah. Bukan aku malas belajar, aku dah letih la.

8. Apa yang saya cuba tegaskan di sini,memang kena kaji semula perlaksanaan KV ni. MQA, BPTV, KPM perlu duduk semeja buat satu rangka perlaksanaan yang terus diterima pakai oleh MQA.. dah nak masuk 4 batch MQA dapat lihat hasilnya dan MQA dah boleh tetapkan standard untuk KV.

19.Sebagai bahan ujikaji eksperimen kerajaan lalu,aku berharap sangat kerajaan baru ini jangan jadikan batch seterusnya sebagai eksperimen lagi.Jadikan mereka sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi demi Malaysia.Aku berharap KV akan diletakkan dibawah kemahiran pengajian tinggi

Semoga 'Malaysia Baru' membawa perubahan

20. Setuju dengan kerajaan kini yang ingin menjadikan pendidikan sebagai satu perkara yang tidak boleh diubah sesuka hati setelah berubah menteri. Menteri yang membawa ideologi tersendiri menjadi satu masalah untuk kami yang sedang melaluinya.

21. Saya Izzul sedia memberikan sebarang maklumat kepada mana-mana pihak selagi ia masih melibatkan perjalanan akademik saya. Kepada yang ingin bertanyakan soalan boleh DM saya atau email izzul.hafiy98@gmail.com

22. Minta maaf sekiranya mengguris mana - mana pihak atau tersalah fakta. Kenyataan ini ditulis dengan emosi sebagai sandaran.

Sumber: Twitter @IzzulHafiy_

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.