Header Ads

'Kami Yakin Itu Bukan Syafiq' - Komen Peminat Berhubung Kenyataan Rasmi Syafiq Kyle

Komen Peminat Berhubung Kenyataan Rasmi Syafiq Kyle

Artis paling diduga tahun ini adalah Syafiq Kyle. Ia berhubung isu penularan video yang memaparkan seorang lelaki yang persis seperti beliau melakukan aksi tidak senonoh dalam beberapa siri rakaman.

Pelbagai kontroversi timbul akibat penularan video itu. Antaranya, bagaimana seorang gadis tanpa segan silu meminta video itu di public dan bagaimana seorang individu sanggup menjual video tersebut dengan harga RM20 untuk versi penuh.


Rata-rata peminat Syafiq melahirkan rasa terkejut dengan isu yang menimpa idola kesayangan mereka ini. Apatah lagi, Syafiq kini berada di kemuncak kariernya sebagai seorang pelakon.

Apa yang lebih mengejutkan adalah penularan screenshot oleh seorang lelaki yang bernama Faizi yang mendakwa Syafiq merayu agar videonya itu dihentikan penularannya.


Segelintir peminat naib juara Hero Remaja 2012 itu menafikan individu dalam video tersebut adalah idola mereka dan penyebaran screenshot oleh lelaki bernama Faizi itu boleh saja diedit untuk menjatuhkan namanya.

Kini, akaun media sosial milik Syafiq diserang netizen untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku dan kami lihat, followers pelakon tampan itu meningkat mendadak baik di Twitter mahupun di Instagram.

Jika sebelum ini Syafiq dilihat hanya berdiam diri dan buat tak endah, kini Syafiq telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu itu. Semoga segala kekeliruan dan persoalan peminat dapat dijawab dengan kenyataan rasmi ini.

'Kami memandang serius akan perkara ini'

Pihak pengurusan dan Syafiq sendiri mengambil serius akan penularan video kontroversi itu dan kini mencari jalan penyelesaian terbaik dan hentikanlah penularan video itu sempena menghormati bulan Ramadan.

Komen Peminat Berhubung Kenyataan Rasmi Syafiq Kyle

'Screenshot DM tidak betul dan tidak berasas!'

Screenshot Syafiq merayu agar video tidak senonohnya terus disebarkan adalah edit semata-mata dan Syafiq menegaskan ia tidak benar sama sekali.

Komen Peminat Berhubung Kenyataan Rasmi Syafiq Kyle

'Terima kasih atas sokongan anda'

Komen Peminat Berhubung Kenyataan Rasmi Syafiq Kyle

Antara komen-komen netizen

Kini akaun media sosial Syafiq dibanjiri dengan kata-kata semangat dari netizen khususnya peminatnya. 

Komen Peminat Berhubung Kenyataan Rasmi Syafiq Kyle

Komen Peminat Berhubung Kenyataan Rasmi Syafiq Kyle

Kepada Syafiq, jadikanlah kejadian ini sebagai pedoman untuk meneruskan hidup di hari kelak. Dan kepada mereka yang masih menyimpan video Syafiq dan berniat untuk menyebarkannya, bayangkanlah andai diri korang di tempat Syafiq.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.