Header Ads

Kisah Tun Mahathir Tak Mampu Menahan Sebak Bila Ditanya Pasal Hutang Negara


Ramai netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat video pemimpin kesayangan mereka, Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 meluahkan rasa sayunya dalam suatu video yang tular di media sosial.

Namun menurut sumber, video itu dirakamkan pada tahun 2016 di mana seorang pengacara televisyen di Indonesia bertanyakan Tun tentang perasaannya saat pemergian sahabat pemimpinnya, Mohammad Hatta yang merupakan Perdana Menteri Indonesia ke-3.

Video Tun Tak Mampu Menahan Sebak


Video tersebut telah disertakan dengan tulisan saat Tun bertanyakan hutang negara kepada Lim Guan Eng. Ramai netizen hiba dengan kisah ini.

'Semua terpaku melihat Tun M memejamkan matanya'

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila LGE menyatakan hutang Negara sudah mencecah 1.2 trillion. Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama.. lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut.

Masing masing terpaku melihat Tun M terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan di kelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam.

Kami mengalih pandang ke arah lain kerana tak sanggup melihat airmatanya gugur.

Tun: Berapa lagi kita ada? (Tanyanya dalam dialeg utara) 

LGE: tak berani menjawab.. 

Tun bertanya lagi... cukup tak nak bagi rakyat BRIM sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa kedahnya semakin pekat. 

LGE: cukup Tun untuk rakyat cukup 

Tun: Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu (kalau) nak bagi 20% royalti minyak? 

LGE: dalam proses Tun. 

Tun: Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat brim dan royalti tu. 

LGE: Errr...pasal Tol tu tun? 

Tun: Takpa tu nanti saya panggil konsenssi tgk macam mana kita forfeited kos depa..

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tun M mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tun M menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana Najib, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tun M.

Kesimpulan

Tidak dapat dipastikan kesahihan tulisan ini samada ia adalah rekaan atau benar-benar berlaku saat Tun M memegang tampuk kepimpinan negara. Yang pastinya, tulisan ini bakal memberi kesedaran kepada rakyat jelata yang sering menagih manifesto Pakatan Harapan tanpa memikirkan apa sebenarnya yang barisan kepimpinan perlu selesaikan dahulu.

Sumber: 我们是马来西亚人 We are Malaysians

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.