Header Ads

Kisah Mencuit Hati Hari Pertama Mat Sabu Menjalankan Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Kisah Mencuit Hati Hari Pertama Mat Sabu Menjalankan Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Kehidupan Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berubah serta-merta apabila beliau kini diberi tugas besar menjadi Menteri Pertahanan Malaysia.

Mat Sabu adalah Presiden parti Amanah (AMANAH) dan juga Ahli Parlimen Kota Raja setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Selain tegas dalam berbicara, Mat Sabu juga antara ahli politik yang kelakar dan sering mencuit hati dengan kata-kata dan gelagatnya.

Dilahirkan pada 14 Oktober 1954, beliau pernah bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pengajiannya dalam bidang kulinari di Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi Mara).

Hari Pertama Mat Sabu Menjalankan Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Terbaharu, gambar hari pertama Mat Sabu untuk melaksanakan tugas sebagai Menteri Pertahanan telah tular di media sosial.

Gambar yang dikongsikan oleh Ahmad Sayuti Bashiron itu dikatakan telah diambil pada pukul 7.55 pagi ketika pengawal peribadi datang menjemput Mat Sabu untuk melaksanakan tugasnya.

Rata-rata netizen memuji Mat Sabu yang selamba duduk rumah teres dan hanya memakai kereta Viva. Isterinya juga dilihat bersahaja.

Hari Pertama Mat Sabu Menjalankan Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Hari Pertama Mat Sabu Menjalankan Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Hari Pertama Mat Sabu Menjalankan Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Selain itu, tular juga kisah Mat Sabu nak memandu sendiri. Segan dijemput dengan kereta 'Roti John' yang panjang.

Hari Pertama Mat Sabu Menjalankan Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

“Ada sumber beritahu, rumah Abang Mat jauh. Jadi, driver datang rumah untuk jemput ke office. Dia kata, 

“Selepas ini, esok boleh tak kalau saya pergi office sendiri? Tak payahlah datang ambil, segan saya. Dengan escort polis, tentera lagi, dengan siren polis lagi. 

“Lagi pun saya seorang saja yang naik kereta panjang ini. Campur dengan driver, jadi dua orang. Itu pun bukannya boleh berbual. Saya di belakang, driver di nun depan.” 

“Jadi, tentera pun tanya, “YB nak datang ke MINDEF naik apa?” 

“Abang Mat selamba jawab, “Eh, saya bawalah kereta Viva saya ini. Laju Viva ni. Sampai MINDEF, kalau ada urusan kerajaan, barulah saya naik kereta kerajaan.” 

“Tentera jawab, “Mana boleh macam tu YB, malulah MINDEF. Lagi pun YB orang penting.” 

“Abang Mat jawab, “Jadi saya kena naik jugalah kereta Roti John ini? Tapi jangan ada bunyi siren, bising.” cerita sumber.

Antara komen-komen netizen

Hari Pertama Mat Sabu Menjalankan Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Rata-rata netizen sebak dengan sikap rendah diri Mat Sabu dan berharap agar lebih ramai menteri yang mencontohi sikapnya.

Kredit: Media Meletop

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.