Header Ads

Kekurangan Ruang Untuk Menyemadikan Mayat, Ini yang Hong Kong Lakukan

Kekurangan Ruang Untuk Menyemadikan Mayat, Ini yang Hong Kong Lakukan

Oleh kerana kemajuan yang pesat dan taraf kehidupan masyarakatnya yang moden, Hong Kong bagaikan tiada ruang untuk kematian. Negara ini merupakan tempat paling mahal untuk hidup dan juga tempat paling mahal untuk mati.

Negara yang digelar sebagai Harimau Ekonomi Asia ini merupakan sebuah wilayah kapitalis yang luasnya 1054 kilomiter persegi dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Bagaimana Hong Kong menguruskan mayat dengan kadar kematian 40,000 orang setahun? Inilah alternatif yang dilakukan rakyat di negara itu.

Kaedah Pengebumian

Kekurangan Ruang Untuk Menyemadikan Mayat, Ini yang Hong Kong Lakukan

√ Wujud pertubuhan profesional yang akan menguruskan mayat. Pertubuhan profesional ini akan menyediakan kertas kerja dan permohonan lot tanah perkuburan untuk si mati.

√ Oleh kerana ruang yang terhad, mayat seseorang kemungkinan akan disimpan di tanah perkuburan awam selama 7 tahun sebelum dikebumikan. Proses ini dinamakan sebagai perkuburan kedua.

√ Undang-undang tentang kekangan masa pengebumian dan pembakaran mayat masih tidak wujud di Hong Kong. Oleh kerana itu, segelintir keluarga yang masih mengikut adat tradisional mengambil masa selama 10 hari untuk berkabung sebelum mayat keluarga kesayangan mereka disemadikan.

Kaedah Pembakaran

Kekurangan Ruang Untuk Menyemadikan Mayat, Ini yang Hong Kong Lakukan

√ Kedah yang paling biasa dilakukan adalah pembakaran. Namun, kaedah ini sangat terhad dan mayat perlu menunggu giliran sehingga dua minggu untuk disemadikan dengan kaedah ini.

√ Selepas selesai proses pembakaran, abu mayat akan disemadikan di kolumbarium awam yang merupakan kawasan rehat yang indah dan penuh maruah.

Abu Mayat Disimpan di Dalam Rumah

Kekurangan Ruang Untuk Menyemadikan Mayat, Ini yang Hong Kong Lakukan

√ Walaupun kerajaan telah menyediakan Gardens of Remembrance, yakni tempat untuk menyemadikan mayat, segelintir dari rakyat Hong Kong akan menyimpan abu mayat di dalam rumah.

√ Kedua-dua amalan ini sah di sisi undang-undang. Tidak hairanlah kenapa agak sukar untuk menemui tanah perkuburan di Hong Kong.

Alternatif lain
√ Oleh kerana kos kematian yang tak masuk akal di Hong Kong, ada juga individu yang meminta agar ahli keluarga mereka menguruskan pengebumian mekeka dengan hanya membakar dan menaburkan abu mayat mereka ke dalam laut.

Kesimpulan

Kekurangan Ruang Untuk Menyemadikan Mayat, Ini yang Hong Kong Lakukan

Kadar kematian di Hong Kong kini semakin meningkat. Industri pengebumian bakal berdepan dengan permintaan yang sangat tinggi. Kadar kematian di bandar sahaja sudah bertambah dua kali ganda sejak tahun 1970.

Hanya 12% penduduk yang berumur lebih 65 tahun direkodkan pada tahun 2008. Menjelang 2036, jumlah itu dijangka akan meningkat kepada 26%.

Kos urusan pengebumian bagi setiap kematian yang terpaksa ditanggung oleh keluarga mangsa adalah sangat tinggi malah mencecah hingga ratusan ribu ringgit.


Sumber: VitDaily

(Baca: Apartmen Sempit Buat Rakyat Miskin di Hong Kong)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.