Header Ads

'Jijik Dengan Lelaki Macam Ni' - Komen Wardina Isu Pemanggil Pervert Tegur Nurul Izzah

Komen Wardina Isu Pemanggil Pervert Tegur Nurul Izzah

Tindakan seorang lelaki yang kononnya mahu menegur YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh di rancangan radio bertukar ngeri apabila dia sebenarnya mendedahkan sisi gelap dirinya sebagai seorang lelaki gatal.

Terbaharu, Wardina Safiyya tampil menyatakan pendapatnya mengenai isu itu dan meluahkan rasa jijiknya terhadap sebilangan lelaki yang selamba menegur wanita muslimah secara umum tanpa segan silu dengan niat menjatuhkan martabat mereka.

Komen Wardina Isu Pemanggil Pervert Tegur Nurul Izzah

'Pemanggil itu memang sengaja'

"Ya.. Saya dengar perbualan ini, dari nada suara nampaknya pemanggil memang sengaja, seolah lakonan, nak mengenakan Izzah. Menjatuhkan maruah Izzah sebagai seorang wanita.



"Ini nasihat saya kepada lelaki, kalau bukan isteri anda, bukan keluarga anda, TAK PAYAH NAK TEGUR WANITA ESPECIALLY IN PUBLIC! Urgh! Sibuk sangat tengok orang perempuan kenapa?




"Sibuk nak tegur tak kena tempat. Dekat FB pun banyak. Suka masuk page perempuan, tegur pasal make up lah, baju lah..."


'Tak malu ke buat begitu?'

"Suami saya pernah kata kepada saya, dia langsung tak faham lelaki yang suka masuk page FB perempuan dan tinggalkan komen2 yang pelbagai ni, apatah lagi yang telefon dan menjatuhkan maruah seorang wanita Muslim seperti Izzah. Gila! Disgusting and so wrong! 

"Tak malu kah dia berbuat begitu. What did he expect from Izzah. I know what he expected, to put her to shame! One word -Misogynist! 

"Kepada mana-mana individu yang berhadapan dengan situasi ini lain kali - TELL THEM OFF! The DJ should have told him off. Izzah was stunned!"

'YB muda patut jauhkan diri dari rancangan hiburan'

"A good suggestion from Nadia Zainal



"Rasanya YB muda2 ni buat masa ni, refrain yourself from attending any entertainment show like this. Sebab adanya morons yang macam ni.


"Tau lah nak rapatkan jurang dengan golongan muda, tapi boleh buat cara lain kot."

(Baca: Lelaki Pervert Selamba Tegur Nurul Izzah)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.