Header Ads

Jamal Lari Dari Hospital, Kini Dalam Senarai Orang Dikehendaki

Jamal Lari Dari Hospital, Kini Dalam Senarai Orang Dikehendaki

Siapa Jamal?

Jamal Yunos atau lebih popular dengan gelaran Jamal Jamban merupakan pengusaha kedai Ikan Bakar Sekinchan di Sungai Besar, Selangor. Beliau juga pernah terlibat aktif dalam perniagaan jual beli kereta.

Jamal dilahirkan pada tahun 1970 dan merupakan aktivis 'Baju Merah' yang menentang Bersih 5 yang diadakan pada bulan November 2016.

Pelbagai idea pelik sering dilakukan oleh Jamal untuk menunjukkan rasa tidak puas hatinya kepada kerajaan Selangor yang pada masa itu ditadbir oleh pembangkang.

Jamal Lari Dari Hospital, Kini Dalam Senarai Orang Dikehendaki

Jamal juga sering membuat perhimpunan untuk menentang kempen Bersih 5 yang dianjurkan sebelum Perhimpunan Bersih 5 yang sebenar diadakan di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia pada 19 November 2016.

Jamal merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Sungai Besar. Pada 21 Disember 2016, Jamal membuat protes dengan hanya bertuala sahaja di hadapan pejabat SUK Selangor kerana ingin membidaskan isu air yang melanda di Selangor.

Protes itu ditujukan kepada Menteri Besar Selangor iaitu Mohamed Azmin Ali dan menyatakan ingin menumpang mandi di pejabat SUK Selangor. Ini berikutan isu air yang melanda negeri Selangor.

Ini mengakibatkan Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa rakyat Selangor berhak untuk memilih sesiapa pun untuk menjadi Menteri Besar Selangor, termasuklah pemimpin Umno yang bertuala.


Jamal Hilang

Jamal Lari Dari Hospital, Kini Dalam Senarai Orang Dikehendaki

Terbaharu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu telah didakwa melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak di hadapan pintu pagar keluar pos 1, Bangunan SUK Shah Alam, jam 10.15 pagi, pada 5 Oktober 2017, dilaporkan telah menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, lapor Berita Harian.

Kehilangan Jamal itu hanya disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang yang mendapati Jamal tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital tersebut.

Jamal Lari Dari Hospital, Kini Dalam Senarai Orang Dikehendaki

Peguamnya mendakwa, Jamal telah menghilangkan diri sejak jam 3 petang selepas kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan diberi jaminan sebanyak RM3,000.

Susulan itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya melakukan operasi sekatan jalan raya bagi mengesan Jamal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Jamal didakwa atas 3 pertuduhan

Jamal Lari Dari Hospital, Kini Dalam Senarai Orang Dikehendaki

“Beliau (Jamal) didakwa atas tiga pertuduhan hari ini di hospital berkenaan dan pihak Majistret menawarkan ikat jamin RM3,000 untuk setiap kes. Sementara proses dokumentasi jaminan mahkamah sedang berjalan, Jamal sudah meninggalkan kawasan hospital terbabit. 

“Beliau akan dihubungi semula untuk menyelesaikan proses dokumentasi jaminan mahkamah berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Jamal yang mengalami sakit belakang terpaksa didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak dengan menggunakan penukul besi sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Jamal didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda maksimum RM400.

Bagaimanapun, Jamil mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. Mahkamah membenarkan Jamal diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Jamal hanya berlakon?



Ramai netizen berpendapat sakit Jamal hanya dibuat-buat untuk meraih simpati kerana Jamal sangat terkenal dengan pelbagai bentuk helah, lakonan dan sandiwaranya. Apa-apapun, kita tunggu penjelasannya nanti selepas pihak berkuasa berjaya menemukannya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.