Header Ads

Dah Menangis Minta Maaf, Penjaga Gol Liverpool Masih Diancam Bunuh

Dah Menangis Minta Maaf, Penjaga Gol Liverpool Masih Diancam Bunuh

Penjaga gol muda Liverpool yang berasal dari Jerman, Loris Karius kini diancam bunuh selepas melakukan kesilapan dan memberikan kemenangan 3-1 kepada Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA di Kiev pada Sabtu lalu.

Polis London kini menyiasat ancaman bunuh terhadap Karius yang dipersalahkan oleh segelintir peminat Liverpool akibat gagal menyelamatkan gawang dari dibolosi pihak lawan.

Seorang pengulas sukan dengan nada beremosi juga telah menyifatkan aksi Karius seperti 'budak sekolah'.

Beratus-ratus mesej eksplisit di media sosial yang dilontarkan kepada Karius kini sedang disiasat oleh Polis Merseyside lapor Akhbar Liverpool Echo.

Karius dan keluarganya dikecam hebat

Bukan hanya Karius, keluarganya turut menjadi mangsa amarah dan kebencian selepas kesilapan beliau yang menyebabkan kekalahan Liverpool ke atas Real Madrid.

Antara mesej berbentuk ancaman yang agak melampau ditujukan kepada teman wanita Karius berbunyi,

“Saya harap anda mendapat kanser.”

Polis Merseyside kini sedang meneliti kesemua mesej dan menganggap ia sebagai perkara yang memerlukan tindakan segera.

“Polis Merseyside ingin mengingatkan pengguna media sosial bahawa sebarang kesalahan termasuk komunikasi yang berniat jahat dan tingkah laku bersifat mengancam akan disiasat.”

Karius telah menghantar beberapa mesej dalam media sosial untuk memohon maaf kepada rakan sepasukan dan peminat Liverpool yang berbunyi, ‘’Saya telah merosakkannya dengan melakukan dua kesilapan dan telah mengecewakan anda semua.”

Dalam mesej kedua Karius berkata: “Kami merasakan bahawa kami mampu menewaskan Real Madrid kerana kami memiliki begitu banyak pengalaman.”

Sergio Ramos harus dihukum

Sementara itu, satu petisyen dalam talian bermula di Britain bagi menggesa agar pemain Real Madrid, Sergio Ramos, dihukum kerana 'dengan sengaja' mencederakan bintang Liverpool, Mo Salah, telah menerima lebih 150,000 tandatangan.

Kerana dikasari, Salah telah dikejarkan ke hospital 30 minit selepas perlawanan bermula, menyebabkan ramai peminat Liverpool mendakwa kecederaan itu kelihatan seperti disengajakan.

Di media sosial, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa mereka terhadap bintang-bintang Liverpool yang membiarkan penjaga gol mereka itu menangis berseorangan memohon maaf kepada peminat.

Apa yang lebih mendukacitakan, tiada seorang pun pemain Liverpool yang datang menenangkan emosi Karius ketika itu. Hanya pemain lawan, Real Madrid yang dilihat datang menenangkan beliau.

'Pemain Liverpool meninggalkan Karius'

Dah Menangis Minta Maaf, Penjaga Gol Liverpool Masih Diancam Bunuh

'And You'll Never Walk Alone, kecuali awak Karius'

Dah Menangis Minta Maaf, Penjaga Gol Liverpool Masih Diancam Bunuh

'Karius walking alone..'

Dah Menangis Minta Maaf, Penjaga Gol Liverpool Masih Diancam Bunuh

'Pemain Liverpool sepatutnya datang kat Karius'

Dah Menangis Minta Maaf, Penjaga Gol Liverpool Masih Diancam Bunuh

Aksi Goal dan Highlights Liverpool menentang Real Madrid



Sumber: Mynewshub

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.