Header Ads

'Bukan Tun Mahathir yang Menyebabkan Kemenangan Pakatan Harapan' - Rafizi Ramli

Pakatan Harapan Menang Bukan Sebab Tun Mahathir Kata Rafizi Ramli

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, menegaskan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kemenangan utama PH adalah kerana isu kenaikan kos sara hidup dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang membuatkan rakyat bangkit menukar kerajaan sehingga mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Menurut Bekas Ahli Parlimen Pandan itu, rakyat khususnya pengundi lebih terkesan dengan kos sara hidup dan GST berbanding kesetiaan mereka terhadap Tun Mahathir.

Pencapaian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di bawah kempimpinan Tun Mahathir yang kurang memberangsangkan adalah bukti utama kejayaan PH bukan dipengaruhi oleh Perdana Menteri yang berusia 92 tahun itu.

'Isu terbesar adalah isu pendapatan'

Pakatan Harapan Menang Bukan Sebab Tun Mahathir Kata Rafizi Ramli

“Kami membuat tinjauan pendapat pasca pilihan raya. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan sekarang dan data akan mengesahkannya. Pada akhirnya, isu terbesar adalah isu punca pendapatan. Ia adalah mengenai GST lebih mengatasi isu lain.

“Selain itu, walaupun Dr Mahathir menang besar sebelum ini di Kedah, tetapi kali ini PAS yang menang besar di Kedah.

“Ini bermakna, untuk kaum Melayu, jika mereka perlu memilih antara PPBM yang dipimpin Dr Mahathir atau PAS, mereka akan pilih PAS,” katanya seperti dilaporkan portal The Malaysian Insight, semalam.

Pakatan Harapan Menang Bukan Sebab Tun Mahathir Kata Rafizi Ramli

PRU-14 menyaksikan tumbangnya kerajaan BN selepas 60 tahun memerintah. PH berjaya merampas Kedah, Perak, Sabah dan Johor selain Negeri Sembilan dan Melaka.

Walaupun telah berjaya merampas Kedah, PPBM di negeri kelahiran Tun Mahathir itu mengecewakan apabila sekadar menang tiga kerusi Parlimen.

Sebelum ini, ramai pihak yang menyifatkan Tun Mahathir adalah faktor dan kunci kemenangan PH pada PRU-14 kerana berjaya menyatukan parti pembangkang untuk bertanding di bawah satu logo buat pertama kalinya dan sekaligus merampas tampuk kepimpinan negara.

Selain itu, Tun Mahathir juga dipercayai berjaya menarik undi golongan yang berusia apabila PH berjaya merampas kerusi di luar bandar, berikutan ia gagal dilakukan oleh PKR dan DAP sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.