Header Ads

Asal Usul Amran Fans

Asal Usul Amran Fans

Kita akan membincangkan tentang asal usul dan sejarah bagaimana Amran Fans boleh wujud dan siapa sebenarnya pemilik wajah dan tangan ghaib disebalik watak parodi yang popular di media sosial ini.

Amran Fans adalah pengkritik bebas yang tulisannya mampu mempengaruhi minda generasi muda. Walaupun sudah beberapa kali Fan Page Amran Fans lumpuh, ia masih mampu bertahan dan diterima ramai.

Kemunculan Fan Page palsu Amran Fans juga tidak mampu menggugat kewujudan Admin sebenar kerana tiada yang mampu menulis dan berkarya seperti beliau.

Asal Usul Amran Fans
Amran Pekida di awal kemunculannya

Antara kejayaan besar Amran Fans adalah menghasilkan buku dan produk-produk lain seperti Pomade. Mengaku menyalurkan hasil pendapatan kepada mereka yang memerlukan, Admin Amran Fans layak diberi pujian.

Menggunakan tema, 'Kebodohan Amran Hanya Untuk Mereka yang Berakal', tulisan Amran Fans sarat dengan lawak dan sarkastik yang sering membincangkan isu-isu semasa termasuk hal politik, hiburan dan berita semasa tanah air.

Ada juga part jatuh cinta kat Yana Samsudin dan Hanis Zalikha. Yang berakhir dengan kekecewaan. Tu babak paling sedih dalam sejarah Amran Fans. Tidak dilupakan teknik editing foto Meran. Budak grafik pun angkat tangan tanda menyerah kalah, tak berani nak fight.

Amran Pekida

Asal Usul Amran Fans
Komen Amran Pekida yang menyakitkan hati

Di awal kemunculannya, pemilik wajah yang popular ini menggunakan nama 'Amran Pekida'. Dia dengan bongkak dan sombong serta egonya 'melanggar' semua portal yang pro-pembangkang dan sering meninggalkan komen yang sangat menyakitkan hati dan tak masuk akal.

Tidak dapat dipasti samada dia merupakan benar-benar macai UMNO-BN atau hanya sekadar watak rekaan.

Komen-komen yang ditulis olehnya memang tak masuk akal dan menggambarkan macai adalah sangat badigol.

Amran Sukarjo

Selepas menggunakan nama 'Amran Pekida', dia menukar nama kepada 'Amran Sukarjo'. Masa ni page parodi Amran Fans dah pun wujud. Amran Sukarjo chill je tak ambil tahu pun. Sebab bagi dia, fan page parodi hanyalah sekadar sampah.

Masa tu, korang boleh bandingkan antara tulisan Amran Sukarjo dan Amran Fans. Amran Sukarjo memang macai sejati dan sangat dibenci ramai.

Asal Usul Amran Fans
Bukti Amran Sukarjo dibenci ramai

Sampai suatu tahap, Amran Sukarjo akhirnya menutup akaun Facebooknya untuk selamanya. Masih tak dapat dipastikan kenapa. Namun, ada ura-ura yang mengatakan beliau tidak tahan kerana terlalu famous.

Asal Usul Amran Fans
Amran Sukarjo tak redha orang guna gambar dia.

Ada juga yang cakap, Amran Sukarjo sekarang ini terpaksa memakai purdah ke mana-mana sebab malu kerana terlalu famous. Lagi satu sumber cakap, Amran Sukarjo dah buat pembedahan plastik dan kini bergiat aktif dalam dunia K-Pop.

Amran Perkasa

Amran Perkasa adalah nama yang digunakan Amran Fans untuk setiap postingnya dalam suatu tempoh masa tertentu. Memang PERKASA gila la masa ni mengutuk kerajaan. Buka mata je, memang nak mengutuk kerajaan je kerja dia.

Asal Usul Amran Fans
Perkasanya Amran Perkasa

Amran Fans

Di awal kemunculan Amran Fans, Admin masih menggunakan nama 'Amran Pekida' dan dia digambarkan berkerja dan terlibat dalam bidang Oil and Gas. Gaji pun masyhuk.

Asal Usul Amran Fans
Amran digambarkan taksub dengan Oil and Gas

Asal Usul Amran Fans
Amran kerja di Petronas

Dek kerana menyalahgunakan nama PEKIDA, Admin Amran Fans sampai dicari dan diburu oleh ahli pertubuhan itu.

Asal Usul Amran Fans
Ahli PEKIDA cari Admin Amran Fans

Benarkah Mat Luthfi disebalik Amran Fans?

Asal Usul Amran Fans
Mat Luthfi dituduh dalang disebalik Amran Fans

Pada tahun 2014, Mat Luthfi dituduh merupakan dalang disebalik Amran Fans. Mat Luthfi siap buat video bagi menafikan dakwaan tak masuk akal itu.


Siapa tangan ghaib disebalik Amran Fans?

Dah 2018, korang masih tak tahu siapa Meran. Kesian Korang. Hehe! (Mungkin itulah yang Admin Amran Fans tengah cakap dalam hati ketika ini)

Layan gambar-gambar bersejarah Meran

Asal Usul Amran Fans

Asal Usul Amran Fans

Asal Usul Amran Fans

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.