Header Ads

Apabila Lelaki Pervert Tegur Nurul Izzah

Apabila Lelaki Pervert Tegur Nurul Izzah

Penampilan Nurul Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang bertudung sering saja menjadi tumpuan ramai. Selain kelihatan sopan, Nurul Izzah juga seorang yang peramah dan disenangi ramai.

Tudung bawal adalah tudung kegemaran YB Permatang Pauh itu kerana selain menyerap peluh, ia juga mudah untuk dipakai dan digayakan.

Namun, disebalik imej sopan yang ditampilkan, ada saja mata-mata jahat yang sering melihat benda-benda yang tidak sepatutnya.

Tular video perbualan radio antara Nurul Izzah, Faizal Ismail dan juga seorang pendengar. Video yang dikongsikan Stevie Chan di Twitter itu menjadi bualan ramai kerana teguran lelaki itu sangat-sangat tidak munasabah.

Lelaki yang bernama Azrul itu memilih untuk menegur Nurul Izzah secara On Air dan anda boleh lihat sendiri bagaimana riak wajah Nurul Izzah yang seakan-akan terkejut dengan teguran itu.

Berikut merupakan sedutan perbualan mereka:

FBI: Fakrul! 

Azrul: Ye, Azrul! Azrul! 

FBI: Azrul....! Silakan cakap dengan YB. 

Nurul Izzah: Ye Azrul. 

Azrul: Assalamualaikum 

Nurul Izzah: Waalaikumussalam w.b.t 

Azrul: Hari tu kita ada jumpa dekat BERNAMA. 

Nurul Izzah: Okay, hai.. 

Azrul: YB kena berhati-hati sikit, kadang-kadang YB pakai tudung kan, tudung YB kadang-kadang terselak tau! 

Nurul Izzah: Okay.. 

Azrul: Kadang-kadang ternampak part yang tak sepatutnya la. Tu bahaya kan..



Sungguh tak sangka wujud lelaki yang sedemikian rupa. Rata-rata netizen mendoakan agar Nurul Izzah dan semua wanita khususnya yang bertudung selamat dari lelaki sebegitu.

Antara komen-komen netizen

Apabila Lelaki Pervert Tegur Nurul Izzah

Salah seorang netizen menasihatkan agar lelaki, khususnya yang beragama islam menundukkan padangan mereka. Lagipun, penampilan Nurul Izzah sentiasa mengikut syarak dan lelaki itu sepatutnya tidak merenung bahagian yang tidak sepatutnya.

Apabila Lelaki Pervert Tegur Nurul Izzah

Kepada lelaki di luar sana, sila la jaga pandangan anda. Semoga lelaki seperti ini hanya ada seorang di Malaysia. Memalukan!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.